Sunday, July 6, 2008

Wednesday, July 2, 2008

SEKOLAHKU RUMAHKU


Kedudukan Sekolah Kebangsaan Sanglang berhadapan dengan Klinik Kesihatan Sanglang, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Tuesday, July 1, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sanglang mula ditubuhkan pada tahun 1938. Pada asalnya sekolah ini adalah usaha masyarakat setempat yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat di mana segala perbelanjaan untuk pembayaran gaji guru adalah hasil kutipan wang masyarakat setempat. Sehingga negara kita mencapai kemerdekaan dan sistem pendidikan negara diberi keutamaan oleh kerajaan. Sekolah ini diambil alih oleh kerajaan dan diiktiraf sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Pembangunan demi pembangunan telah dilakukan dan akhirnya pada hari ini sekolah telah memperolehi tiga blok bangunan. Satu blok empat tingkat lengkap dengan kemudahan bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni & Visual, Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Darjah, ruang pejabat dan pejabat pentadbiran. Blok kedua mengandungi bangunan dua tingkat yang lengkap dengan bilik darjah, Pra Sekolah, bilik Musolla, bilik j-Qaf dan Kelas Pemulihan. Blok ketiga pula adalah Makmal Komputer.

Wednesday, May 21, 2008

TUNGGAK SK SANGLANG


Antara barisan kakitangan sekolah dan menjadi tulang belakang kepada kepemimpinan Guru Besar yang terdiri daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang boleh dibanggakan.

Tuesday, May 20, 2008

MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah ini adalah Sekolah Gred A, mempunyai 24 orang guru (13 orang guru lelaki dan 11 orang guru perempuan), seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, seorang Pembantu Murid, dua orang Pengawal Keselamatan Swasta dan empat orang pekerja pembersih swasta. Sekolah ini mempunyai 292 orang murid melibatkan 9 buah kelas dan sebuah kelas Pra Sekolah.

Terdapat 20 orang guru terlatih di mana 80% adalah terdiri daripada guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun. Terdapat 4 orang guru gred DG41 termasuk Guru Besar, 3 orang guru Penanda Kertas UPSR. Jika dilihat dari segi kekuatan dan kelengkapan fizikal sekolah ini, ianya mempunyai potensi untuk maju dalam semua bidang. Kebanyakan pekerjaan ibubapa dan penjaga murid adalah kerja kampung, nelayan, pekerja swasta dan kakitangan kerajaan.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini diterajui oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perkembangan dan pencapaian akademik sekolah. Beliau juga merupakan perantara masyarakat dan pihak sekolah. PIBG juga banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah baik dari segi kewangan dan buah fikiran bagi memastikan sekolah ini terus maju dan dapat bersaing dengan sekolah lain.

Friday, May 16, 2008

HARI ANUGERAH 2007

Hari Anugerah Kecemerlangan 2007 diadakan pada setiap tahun. Majlis diadakan bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

GURU BESAR

Thursday, May 15, 2008

FALSAFAH, MISI, VISI DAN MATLAMAT

FALSAFAH SEKOLAH
"Pendidikan ialah untuk memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara"

COGANKATA SEKOLAH
"Usaha Jaya, InsyaAllah Boleh"

TEMA SEKOLAH
"Sekolah Membangunkan Masyarakat, Masyarakat Membangunkan Sekolah"

VISI SEKOLAH
"Sekolah Kebangsaan Sanglang Akan Menjadi Sekolah Harapan Tahun 2009"

MISI SEKOLAH
Untuk mencapai visi sekolah, Kami warga Sekolah Kebangsaan Sanglang akan berusaha agar ;
- Pencapaian UPSR mengatasi peringkat kebangsaan iaitu 81.63% dan GPS 2.24
- Mencapai sekurang-kurangnya tempat kedua dalam setiap pertandingan yang disertai
- Kecemerlangan dan keunggulan sahsiah
- Kecemerlangan dalam perhubungan komuniti
- Pengurusan Pentadbiran yang bersistematik

MATLAMAT SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Sanglang akan mengamalkan :
- Mengimarahkan syariat Islam dalam pendidikan
- Kepimpinan dan penanggungjawaban dinamis tanpa prejudis
- Kerjasama dan perpaduan yang menyeluruh
- Mentarbiah sistem pengesanan cekap dan berkesan
- Mengamalkan perkhidmatan sekolah penyayang tanpa prejudis
- Beristiqamah dengan budaya kerja berilmu cemerlang
- Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan sekolah

Sunday, May 11, 2008

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2007



PELAJAR CEMERLANG 5A : NUR SYAMIMI AQILAH BINTI JAMAL
PELAJAR CEMERLANG 4A : MAS JULIANA BINTI MASTURA ALADDIN

Saturday, May 10, 2008

OBJEKTIF SEKOLAH

KURIKULUM
- 35% daripada jumlah murid berupaya mencapai pangkat "A" dalam PKBS
- 85% daripada jumlah murid berupaya lulus semua matapelajaran teras dalam PKBS
- Keputusan kelulusan keseluruhan UPSR mencapai 81.63% dan Gred Purata Sekolah 2.24
- 3 orang murid Tahun Enam berupaya mendapat "5A"
- Menjadi JOHAN di peringkat daerah dalam setiap aktiviti kurikulum yang disertai

KO-KURIKULUM
- Mejadi JOHAN daerah dalam setiap jenis permainan padang dan gelanggang

SAHSIAH
- Ponteng sekolah dikurangkan 40% daripada statistik tahun lalu
- Murid mampu menyapa atau memberi salam kepada guru, staf sekolah, pelawat dan
sesama sendiri apabila bertembung

PENGURUSAN PENTADBIRAN
- Menyediakan laporan pasca projek selepas tamat aktiviti tersebut dijalankan
- Pemarkahan semua jenis ujian menggunakan sistem janaan komputer
- Pengurusan Pentadbiran dijalankan secara bersistematik

HUBUNGAN MASYARAKAT
- Penglibatan ahli masyarakat dalam setiap majlis sekolah yang diadakan
- Warga sekolah membuat khidmat masyarakat di institusi berdekatan
- Setiap aduan daripada ahli masyarakat akan direkodkan

Friday, May 9, 2008

JAWATANKUASA KURIKULUM

PENGERUSI : Tn. Hj. Nordin bin Kasmuni
NAIB PENGERUSI : Pn. Roslina bt Santeri
SETIAUSAHA : En. Zamzuri bin Sumiran
AHLI JAWATANKUASA : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

SENARAI KETUA PANITIA MATA PELAJARAN :

BAHASA MELAYU : Pn. Norsilawati bt Johar
BAHASA INGGERIS : Pn. Hjh Rozita Normala Md Zain
MATEMATIK : Pn. Noorliza Ahmad Padzali
SAINS : En. Mohd Noor Zainudin bin Joahir
PENDIDIKAN ISLAM : Pn. Rusnaini Zakaria
KEMAHIRAN HIDUP : En. Zamzuri bin Sumiran
P.SIVIK & KEWARGANEGARAAN : Pn. Hjh Zainah bte Senin
P. SENI VISUAL : En. Jamal bin Jais
P. MUZIK : En. Mohd Rasid bin Sahid
P. JASMANI & KESIHATAN : Tn. Hj. Khalil bin Ibrahim
PEMULIHAN : En. Sanusi bin Ahmad
PRA SEKOLAH : Pn. Bungawati bt Adam
PENDIDIKAN KOMPUTER : Cik Jen Renita binti Mappah
BAHASA ARAB : Ustaz Nazarudin bin Bachok