Tuesday, May 20, 2008

MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah ini adalah Sekolah Gred A, mempunyai 24 orang guru (13 orang guru lelaki dan 11 orang guru perempuan), seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, seorang Pembantu Murid, dua orang Pengawal Keselamatan Swasta dan empat orang pekerja pembersih swasta. Sekolah ini mempunyai 292 orang murid melibatkan 9 buah kelas dan sebuah kelas Pra Sekolah.

Terdapat 20 orang guru terlatih di mana 80% adalah terdiri daripada guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun. Terdapat 4 orang guru gred DG41 termasuk Guru Besar, 3 orang guru Penanda Kertas UPSR. Jika dilihat dari segi kekuatan dan kelengkapan fizikal sekolah ini, ianya mempunyai potensi untuk maju dalam semua bidang. Kebanyakan pekerjaan ibubapa dan penjaga murid adalah kerja kampung, nelayan, pekerja swasta dan kakitangan kerajaan.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini diterajui oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perkembangan dan pencapaian akademik sekolah. Beliau juga merupakan perantara masyarakat dan pihak sekolah. PIBG juga banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah baik dari segi kewangan dan buah fikiran bagi memastikan sekolah ini terus maju dan dapat bersaing dengan sekolah lain.

No comments: