Tuesday, July 1, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sanglang mula ditubuhkan pada tahun 1938. Pada asalnya sekolah ini adalah usaha masyarakat setempat yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat di mana segala perbelanjaan untuk pembayaran gaji guru adalah hasil kutipan wang masyarakat setempat. Sehingga negara kita mencapai kemerdekaan dan sistem pendidikan negara diberi keutamaan oleh kerajaan. Sekolah ini diambil alih oleh kerajaan dan diiktiraf sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Pembangunan demi pembangunan telah dilakukan dan akhirnya pada hari ini sekolah telah memperolehi tiga blok bangunan. Satu blok empat tingkat lengkap dengan kemudahan bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni & Visual, Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Darjah, ruang pejabat dan pejabat pentadbiran. Blok kedua mengandungi bangunan dua tingkat yang lengkap dengan bilik darjah, Pra Sekolah, bilik Musolla, bilik j-Qaf dan Kelas Pemulihan. Blok ketiga pula adalah Makmal Komputer.

No comments: